Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts
2:25 AM 0 comments

Nilai Dan Erti Sebuah Persahabatan...

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH.. .

"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA. "


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.
5:18 PM 1 comments

Jangan Malu Mencari “rezeki”?

Tidak di nafikan pendapatan yang diperolehi melalui pekerjaan tetap tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian isi rumah mahupun peribadi setiap bulan. Di tambah pula dengan keadaan sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat, ia pasti menambah bebanan kewangan kepada sesiapa saja.

Apatah lagi jika berstatus pelajar yang mana perbelanjaan harian hanya bergantung kepada keluarga, biasiswa,dan pinjaman tabung pendidikan semata-mata.

Antara penyelesaian masalah ini adalah dengan melakukan kerja sambilan atau kita cari inisiatif sendiri untuk mencebur diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Tetapi faktor utamanya, kita tidak perlu berasa malu jika apa yang dilakukan boleh memberi kesenangan kepada kita dan mampu menghilangkan beban kewangan yang kita tanggung.

Bagaimanapun, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan dikorbankan jika ingin melakukan kerja sambilan atau hendak melakukan perniagaan kecil-kecilan, jika memandangkan individu tersebut adalah pelajar. Banyak persoalan yang akan timbul. Adakah ia mendapat persetujuan keluarga? Persetujuan dari pihak kolej atau university di mana tempat mereka belajar? Dan banyak lagi yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk bekerja secara sambilan…
3:16 AM 0 comments

[Final Solution] Cinta?

Ramai daripada sudah tahu apa erti cinta. Sudah ramai di antara yang telah meluahkan kata-kata cinta. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

Tidak kira muda atau tua sudah terbiasa dengan cinta. Tapi
adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik cinta ini?

Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)

Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.

Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.

Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: Timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman.

Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka. Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?

Remaja sekarang banyak menyalah ertikan cinta itu sendiri. Kebanyakan daripada mereka hanya sekadar untuk merasakan kepuasan dan kesenangan bersama pasangan masing-masing. Mereka tidak pernah terfikir betapa besarnya pengertian cinta itu sendiri. Ramai daripada mereka tidak sedar dan tidak dapat membezakan antara nafsu dan cinta. Masing-masing memandang remeh tentang pengertian cinta yang sebenar. Kebanyakan daripada mereka lebih mementingkan diri mereka sendiri. Hanya ingin memenuhi keinginan, kegembiran, dan kebahagiannya untuk diri sendiri. Cinta itu perlukan pengorbanan. Memiliki perasaan cinta hanya untuk merasakan kebahagian dan kegembiraan ketika bersama tanpa memikirkan betapa besarnya bebanan dan tanggungjawab yang dibawa oleh mereka adalah tidak wajar. Kesan cinta itu sendiri tidak akan kekal sekiranya kita tidak menjalankan tanggungjawab yang kita perlu laksanakan. Cinta bukan sekadar ucapan manis yang boleh disebut dengan lidah. Sebagai remaja, pernahkah anda jatuh cinta?
2:58 AM 0 comments

[Final Solution] Kenapa Perlu Ego?

Suatu saat dalam kehidupan kita ego sering kali muncul. Sering kali kita mementingkan diri kita sendiri. Tentang urusan perut kita, urusan pekerjaan kita, urusan kewangan kita, urusan rumah tangga kita, urusan kenderaan kita dan sebagainya. Ego kita sering kali bertembung dengan ego orang lain. Akhirnya terjadilah pertengkaran, ingin menang sendiri, berebut barang atau wang, berebutkan hal-hal lain.

Walaupun kita tidak menyedarinya, hal itu sering kali terjadi dalam diri kita. Contoh mudah tentang ego. Misalnya kita menjadi seorang bos atau manager di suatu tempat. Sudah suatu fitrah manusia, manusia ingin di sapa oleh orang lain. Namun, berdasarkan pengalaman, jika kita menjadi orang yang memiliki kedudukan kadang-kadang kita lupa dengan sekeliling kita terutama anak buah kita, atau orang yang lebih rendah kedudukannya di pejabat kita. Di saat kita lewat di hadapan anak buah kita atau orang lain yang lebih rendah kedudukannya, kita selamba saja tanpa menegurnya. Fikiran kita terlalu sibuk dengan pekerjaan kita dan urusan kita. Sebenarnya itu menandakan kita masih ego untuk hidup di bumi Tuhan ini. Namun hal ini jarang disedari oleh manusia.

Contoh lain ketika kita sedang menaiki motor atau kereta. Kadang-kadang kita memandu dengan sesuka kita, tidak pandang kepentingan orang lain yang menggunakan jalan itu dan sebagainya dengan alasan terburu-buru atau ada urusan penting. Contoh ini pun sebenarnya kerana kita ego atau hanya memikirkan diri sendiri. Bukankah orang lain juga ada hak untuk menggunakan jalan itu? Bukankah ada orang lain yang ingin cepat sampai juga?Tapi mengapa kita tidak memandang hal tersebut.

Daripada beberapa contoh tersebut kita sudah tahu merasakan betapa egonya kita selama ini. Contoh lain, di saat kita memiliki wang kemudian kita makan makanan mewah di restoran. Sudah pernahkah di saat itu kita memikirkan saudara-saudara kita yang belum makan seharian? Bahkan mungkin ada ahli keluarga kita yang tidak dapat membeli beras saat itu. Sudahkah kita merasa kasihan dan segera bertaubat kepada Tuhan kerana kita telah angkuh di bumiNya?
Marilah kita merenung sejenak…

Kita sama-sama mengimani bahawa akan ada kehidupan setelah kematian. setelah kita di alam dunia ini, kita akan memasuki alam kubur, dan kemudian kita akan dikumpulkan di suatu padang yang bernama Padang Mahsyar untuk menanti jadwal kita untuk dihisab dan ditentukan dimanakah kita akan tinggal berikutnya, di Syurga atau di Neraka..

Di saat itu sesiapapun termasuk keluarga dekat kita tidak akan ada yang membela. Kita berhadapan langsung, sendirian dengan Tuhan untuk di hisab apa saja amalan kita di dunia. Sewaktu itu kita pun tidak sempat memikirkan orang lain. Kita hanya memikirkan diri kita sendiri.

Di Padang Mahsyar kita dibiarkan selama beratus-ratus tahun untuk menanti hari Hisab. Kita tidak sempat memikirkan orang lain, tidak ada pembelaan.

Jika kita merenungi saat-saat itu, selama 600 ratus tahun kita ada kesempatan untuk memikirkan diri kita sendiri. Di dunia ini, kita hanya hidup paling lama 90 tahun, itu pun sudah luar biasa. Efektif kita hidup paling hanya 60 tahun saja.

Di dunia ini kita diminta oleh Tuhan kita untuk berkasih sayang dengan manusia, berkhidmat untuk sesama kita dan saling bantu-membantu satu sama lain. Jika kita ingin memikirkan diri sendiri saja, kita ada waktu esok di Padang Mahsyar. Jangan khuatir kehabisan waktu untuk memikirkan diri kita sendiri..InsyaALLAH setiap saat kita akan memikirkan diri kita di Padang Mahsya kelak. Sudah tidak sempat kita untuk memikirkan orang lain.

Jika kita di dunia, kita mengorbankan perasaan kita terhadap diri kita untuk orang lain, InsyaALLAH di akhirat kelak kita akan mendapatkan kebahagiaan di sisi Tuhan. Namun jika kita mengorbankan waktu kita di dunia hanya untuk memikirkan diri kita saja, maka nanti di padang Mahsyar kita akan kecewa dan menyesal karena tidak ada waktu lagi untuk berkasih sayang dengan sesama kita.

Oleh kerana itu marilah kita mencuba untuk mengugurkan sifat ego kita. Mencuba untuk berkasih sayang dengan sesama kita, menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa iaitu mampu mengorbankan perasaannya untuk keluarganya, temannya bahkan untuk orang lain.
2:03 AM 0 comments

[Final Solution] Kepentingan Diri

Adil adalah satu sifat yang paling dekat kepada taqwa. Kupasan dan maksud adil sangat luas. Adil pada pandangan Islam jauh berbeza dari apa yang difahami oleh orang yang bukan Islam atau orang Islam sendiri yang tidak terdidik secara Islam. Adil bukan bererti sama. Adil bukan juga bererti sama rata. Adil ialah menaruh hak pada yang hak, walaupun pada zahirnya, dilihat tidak seimbang. Berlaku adil bukan suatu hal yang mudah. Contohnya, jika kita benci dan tidak suka pada seseorang itu, apa saja yang dia buat, kita merasa tidak betul dan tidak tepat. Tapi jika kita suka dan sayang pada seseorang itu, segala apa yang dia buat semuanya betul belaka.

Kalau orang yang kita benci buat salah yang kecil, terasa sangat besar salahnya kepada kita. Tetapi kalau orang yang kita suka buat salah besar pun, kita anggap kecil saja. Kalau orang yang kita suka membuat sesuatu kebaikan atau berhasil membuat sesuatu urusan, maka kita sanjung dan kita puji dia. Tetapi kalau orang yang kita benci membuat sesuatu kebaikan atau berjaya dalam sesuatu urusan, kita anggap biasa saja. Kita kata, memang sudah kerja dia. Sumber berlakunya perkara ini ialah kerana kepentingan diri.

Kepentingan diri kita itu yang kita lebihkan. Menyukai dan menyayangi seseorang itu dan kemudian menyebelahinya dan melebihkannya dalam segala hal, itu termasuk dalam maksud kepentingan diri. Kepentingan diri, tidak semestinya dibuat kepada diri sendiri saja. Kepentingan diri termasuk juga yang berhubungan dengan orang-orang yang ada sangkut pautnya dengan kita atau orang yang kita sayang, baik isteri, keluarga, anak-anak, anggota kelompok kita, anak buah kita dan lain-lain lagi.

Kepentingan diri inilah yang menjadi sumber terjadinya huru-hara di kalangan manusia. Setiap orang melebihkan pihaknya. Setiap kali pihaknya dilebihkan, maka akan terjadi kekurangan di pihak yang lain. Pihak yang lain itu akan merasa dikurangi, dizalimi, ditindas, ditekan dan dianiaya. Mereka pun membalas. Maka berlakulah krisis dan perkelahian yang membawa kepada perpecahan dan permusuhan.

Melebihkan kepentingan diri ini pula ada dua bentuk. Ada yang dilebihkan dengan niat. Ada pula yang dilebihkan secara spontan. Secara yang dilebihkan dengan niat iaitu yang dirancang, yang disusun dan yang diatur, sudah pasti jahat. Ini didorong oleh nafsu jahat dan sifat-sifat mazmumah dan keji yang bersarang dihati. Ini berlaku dalam negara, politik, pejabat., sekolah, malahan dalam sebuah rumahtangga pun berlaku. Maka tidak hairan terjadi krisis dan pergaduhan di tempat-tempat tersebut kerana timbul rasa tidak puas hati, buruk sangka, rasa dizalimi, dianiayai dan sebagainya. Akan tetapi, kadang-kadang kita tidak berniat jahat. Kita tidak mahu melebihkan kepentingan diri kita dan kita tidak mahu berat sebelah dalam membuat pertimbangan tetapi terjadi juga. Ini kerana melebihkan kepentingan diri ini boleh berlaku secara spontan atau secara tidak sedar. Itu banyak membuat kita salah dalam membuat pertimbangan. Kita lakukan sesuatu perkara itu dengan tidak sengaja. Justeru itu, kita tidak dapat mengawal perasaan dan tindak-tanduk kita.

Begitulah sukarnya untuk membuat pertimbangan dan berlaku adil kalau kita terlalu melebihkan kepentingan diri, lebih-lebih lagi kepentingan diri yang berlaku secara spontan yang di luar kawalan kita dan yang kita tidak sedar. Hanya hati yang sentiasa bersama Tuhan, yang sentiasa merasakan kehadiran Tuhan dan yang penuh dengan rasa ketuhanan dan rasa kehambaan saja yang dapat mengawal kepentingan diri secara spontan ini dari menguasainya.

Untuk mengawal kepentingan diri secara spontan ini bukan mudah dapat dicapai, tetapi ia tetap perlu untuk memupuk keluarga atau masyarakat yang adil dan harmoni. Itu sebab untuk menjadi adil, untuk mencetus kasih sayang sesama manusia, untuk menjadi orang yang bertimbang rasa, kita memerlukan Tuhan. Hanya apabila Tuhan diimani, dicintai dan ditakuti, barulah mudah bibit-bibit ini dapat disemai di dalam hati kita.
1:46 AM 0 comments

[Final Solution] Minda Manusia

Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Manusia dikurniakan oleh Allah dengan akal fikiran yang membezakan kita dengan makhluk lain di atas muka bumi Allah. Kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Jangan sekali-kali kita melupakan pencipta kita yakni Allah S.W.T.

Pernakah anda terfikir apa yang mampu kita lakukan dengan minda kita? Mungkin tidak ramai antara kita yang tidak sedar dengan keupayaan minda yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Banyak perkara yang menjadi misteri mengenai kebolehan minda kita. Apa yang ingin disampaikan di sini mengenai minda kita tidaklah seberapa banyak. Tetapi sekadar untuk renungan kita bersama. Perkara ajaib mengenai minda ini
dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”.

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

12:59 AM 0 comments

[Petikan] Redho dan Sabar

Dipetik dari : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1287

[Quote]

Rasanya macam sukar nak menulis kembali. Mungkin banyak peristiwa duka yang berlaku sepanjang Akhir bulan Mei dan Awal bulan Jun dan ini adalah hari-hari yang terlalu sukar untuk saya. Hari-hari yang penuh dengan ujian dan dugaan.Bayangkan sepanjang hari – hari yang saya lalui terlalui sedih untuk dikenang. Ibaratnya dugaan saya selama ini adalah saya sedang membina sebuah istana pasir yang cukup cantik di tepi pantai. Saya jaga istana pasir itu, saya bina ia mengikut kehendak alam, dengan penuh berhati-hati agar tidak merosakkan mana-mana bahagian yang telah lengkap. Saya mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari membina istana itu tanpa tidak pernah menyangka ia akan musnah akhirnya kerana ia dibina di tepi pantai. Fenomena itu sememangnya saya tahu. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ombak hidup mengikut aturan sang Pencipta. Akhirnya istana pasir yang saya bina musnah jua dipukul ombak besar. Saya ingin menangis kerana istana pasir itu telah musnah kerana penat lelah saya membina dan menjaganya selama ini. Masakan usaha berhari-hari saya musnah dalam masa tidak lebih seminit. Sekelip mata. Begitulah ibarat peristiwa yang saya lalui.

Ujian itulah kehidupan

Allah ingin menguji saya lagi. Saya demam dan selsema. Bukan sehari dua malah hamper 12 hari dan hari ini baru saya rasa demam saya berkurangan. Ditambah pula dalam tempoh demam itu saya kena buat ujian memandu untuk dapatkan lessen kereta. Aduhai, terasa amat perit hari yang saya lalui itu. (Bukan mengeluh, tapi ekspresi rasa saya). Mungkin jua saya terlampau terkejut. Kata nenek saya ‘sabarlah, Allah baru mencubit sedikit sahaja paha kita, kita telah mengeluh panjang dan bising-bising.’ Kata-kata nenek saya betul. Tapi saya bukan mengeluh bukan tak redho, Cuma saya rasa ingin mengadu sangat-sangat kepada Allah. Kata Abusaif, kehidupan kita ini tidak dapat lari dari ujian-ujian Allah kerana ujian itulah sebenarnya kehidupan kita. Ya saya akui. Redho itu perit, Tapi Imbalannya Manis… Beberapa hari ini saya cuba mencari kekuatan diri saya untuk menerima apa yang berlaku dalam hidup saya. Saya cuba belajar erti redho. Betul, redho tidak semudah yang kita sebut-sebutkan. Redho itu perit, tapi imbalannya manis. Begitulah pesan kakak saya. Hari ini tarbiyyah tak langsung yang berguna untuk saya daripada Allah adalah saya belajar erti redho. Kata orang sabar itu adalah yang paling mulia, tapi redho itu paling tinggi selain bersyukur menerima ujian kerana antar sabar dan redho, redho itu kita perlu ikhlas menerima setiap ketentuan. Bayangkan jika anda menerima ujian yang terlalu berat, kita akan tahu apa bezanya redho dan sabar. Ia memang berbeza.

Dulu seorang sahabat saya bertanya, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? Waktu itu saya hanya diam tanpa memberi apa-apa respon kerana sememangnya saya tidak tahu. Hari ini, setelah saya melalui episode yang sukar dalam hidup saya, saya punyai jawapannya.

Pertama jangan terlalu mengikut perasaan dan sentiasa berfikiran positif, maka dengannya kita akan ikhlas dengan ketentuan Allah.

Kedua yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar. Alhamdulillah hari ini saya belajar.

Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’

Kembalilah kepada Allah


Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. Saya telah menemui ramai orang yang diuji hamper sama seperti saya. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti saya tidak ubah seperti orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri, merayau-rayau dan sebagainya. Nauzubillah. Alhamdulillah episod duka saya lalui itu dengan penuh terarah. Saya masih ada tempat mengadu kepada Allah sekalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tidak lepas daripada membicarakan tentang manusia-manusia lain.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian)"
(Surah al-Ankabuut ;2)

Apa yang penting, kita kembalilah kepada Allah. Saya ingin ulangi kata-kata nenek saya, Allah baru sahaja mencubit kita sedikit jika hendak dibanduingkan dengan nikmat kurniaanNya yang melangit luas. Kita jangan cepat melatah dan merasa cemas dengan ujian yang menimpa. Disinilah kebergantungan kita kepada Allah sangat diperlukan.

Al-Mutanabbi berkata,
‘Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut akan beruban dan menjadi amat tua.’
Jangan membiarkan ujian itu menjadikan kita cepat tua =).

Kata William Mark Gaugil dalam pidato ilmiahnya di depan Persatuan Doktor Gigi Amerika,
‘Perasaan tidak bahagia seperti takut dan cemas sangat mungkin memberi kesan kepada penyebaran kalisium di dalam tubuh dan selanjutnya akan mengakibatkan kerosakan pada gigi’

Patutlah sepanjang saya sedih, saya selalu sakit gigi. Mungkin ini kesan sedih dari sudut kesihatan. Apapun belajarlah untuk redho kerana apabila kita redho, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia.

Wasiat Luqman Alhakim


‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’

Binalah Istana untuk didiami


Syukur, terlalu banyak pelajaran saya Allah berikan untuk saya daripada ujian ini.

Pertama seperti wasiat Luqman al-Hakim lagi kepada anaknya
“Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”

Keduanya, saya tidak mahu membina istana pasir lagi. Saya ingin membina istana untuk saya diami. Kali ini, saya perlu berhati-hati.

Ketiga, biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia.

Akhirnya saya belajar erti sabar dan redho. Amin.

[/Quote]
2:10 PM 0 comments

Pergaulan Sesama Manusia

Allah SWT berfirman dalam surah Al Hujurat(13)
"Wahai manusia,sesungguhnya kami menciptakan dari seorang lelaki dan perempuan,dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa,dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu disisi Allah adalah yang paling bertakwa diantara kamu".

Rasulullah bersabda:
"Perbaguslah persahabatan dgn sahabatmu,niscaya kamu menjadi Muslim"

Imam Ali berkata:
"Dengan pergaulan yang baik,persahabatan menjadi lembut,kecintaan berlanjut".

Prinsip-prinsip dalam pergaulan:

1) Pergaulan yang berlandaskan Taqwa

Seseorang menjalin hubungan social dgn saudara.Pada saat hubungan anda dgnnya berlangsung, terjadi kesalah fahaman. Seperti perselisihan pendapat ttg masalah tertentu, apalagi yang menyangkut ttg harga diri dan prestise anda. Kondisi ketakwaan yang ada dlm diri anda,akan memaafkan kesalahan teman saudara itu.

2) Akhlak yang mulia :

Akhlak yang mulia merupakan penopang penting suatu pergaulan yang baik dgn sesama manusia. Akhlak yang mulia, menimbulkan kecintaan manusia kepada kita. Inilah rahasianya,mengapa orang yang berakhlak mulia selalu di kelilingi dan dicintai manusia.

3) Berikan kepada manusia hak-hak mereka:

Seorang lelaki mengadukan Ali bin Abi thalib as, kepada Umar bin khattab, ketika itu Ali sedang duduk. Umar bin khattab lalu menoleh kepada Ali, dan berkata kepadanya "Wahai Aba Hasan, duduklah bersama "lawanmu".
Ali pun duduk bersama lelaki itu, dan berbicara dgnnya. Tatkala lelaki itu pergi dan Ali kembali ketempatnya semula, Umar Bin Khattab melihat perubahan wajah di muka Ali. Maka beliau pun bertanya:
"Wahai Ali,apakah engkau tidak suka apa yang terjadi?"
Ali menjawab "benar".
Umar bertanya lagi, apakah itu? Ali menjawab:
"Bukankah engkau telah mengatakan, Wahai Ali duduklah bersama lawanmu".

Mendengar itu Umarpun memeluk Ali As,dan menciumnya,dan berkata:
"Demi ayah dan ibuku, Allah telah memberikan petunjuk kepada kita, dan dgn mu Allah
telah mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya".


Begitulah saudara2 sekalian. Bagaimana kita bersikap dan berakhlak terhadap sesama teman kita. Jangan sekali-kali kita menyudutkan seseorang dgn mengemukakan aibnya didepan Umum. Di dalam sebuah Hadist disebutkan :
"Siapa yang menutupi aib manusia, maka Allah pun di hari kiamat kelak akan menutupi
aibnya".
Bila kita ingin memberitahukan aibnya juga, sampaikanlah secara pribadi, bukan didepan Umum, atau didepan temannya. Dan jgn sesekalipun kita menyebutkan kesalahan seseorang didepan teman yang lain, apalagi didepan musuh, atau lawannya.

4) Berikan kepada manusia Hak-hak mereka :

Di dalam kitab Makarimul Akhlak(kemuliaan Akhlak),ada disebutkan hal-hal yang hrs diperhatikan, sebagaimana diriwatkan oleh Imam Ali bin Husain as:

a) Hak Allah SWT, yang paling besar, terhadapmu adalah, engkau tidak menyekutukannya, dan engkau harus menyembahNya. Jika engkau melakukan itu dgn ikhlas, maka Allah mewajibkan atas diriNya, mencukupkan urusan dunia dan akhiratmu.

b) Hak sahabatmu engkau mencukupinya, ketika ia dalam kekurangan. Menghormatinya jika dia lagi dalam keadaan berada. Jgn engkau berikan keputusan tanpa memperhatikan keputusannya. Jangan mengkhianatinya, baik dlm urusan besar maupun kecil. Sesungguhnya Allah bersama dua orang yang berserikat, selama keduanya tidak saling mengkhianati. Dan Bagi dua orang yang saling berkasih sayang, dan saling mencinta karena Allah, kelak mereka mendapat naungan dari Allah, dihari akhirat, dimana tiada lagi disaat itu kecuali naungan Allah semata.

5) Tawadhuk kepada manusia :

Dalam sebuah Hadist disebutkan
"Tawadhu, tidak kan menambah seseorang hamba, kecuali kemuliaan".
Sebahagian orang berpendapat bahwa Tawadhu, berarti merendahkan diri bukan pada tempatnya.

Muncul pertanyaan,apakah semua manusia layak kita tawadhu? Jawabnya jelas tidak. Manusia yang layak kita tawadhui adalah saudara-saudara kita sesame mukmin, dan juga manusia yang baik-baik, apapun agama mereka, bahasa mereka, suku bangsa mereka, strata social mereka, dan ras mereka. Adapun orang yang alim, borjuis, sombong dan munafik, mrk itu tidak layak di tawadhui. Bahkan Islam mengajarkan, bahwa bersikap sombong terhadap orang yang sombong adalah wajar.

Tawadhu,merupakan pilar penting dlm pergaulan sesama manusia. Dgn tawadhu,seseorang dapat masuk kedalam hati manusia dan memperoleh kecintaan mereka.

6) Tunjukkan minat yang besar dalam pergaulan:

Tanpa minat yang besar dalam pergaulan, kita tak mungkin bergaul secara bijak dgn mereka, bahkan tanpa minat tsb, mungkin kita tdk bisa menjalin hubungan dgn mereka, dan kita akan hidup menyendiri dan terisolir.

7) Berikan perhatian yang tulus kepada manusia:

Rasulullah bersabda:
"Hati diciptakan dgn mencintai orang yang berbuat baik kepadanya, dan membenci orang
yang berbuat buruk kepadanya."

(kitab Mizan Al Hikmah)

Pernahkah kita menangkap burung dgn menjeratnya? Tidak ragu lagi, pasti pertama-tama kita tentu meletakkan jerat ditempat yang aman, dan meletakkan makanan yang disukai burung didalamnya. Setelah itu dgn gerakan perlahan-lahan kita menampakkan sikap baik dan lembut kepadanya, dan mengiringnya kedalam perangkap. Dgn begitu kitapun dpt dgn mudah menangkap burung tsb. Namun jika kita bersikap sebaliknya, setiap kali kita mengiring burung kedalam perangkap, setiap itu pula burung tsb lari dan menjauh".

Coba saja perhatikan kucing. Kalau kita berhati lembut padanya, dgn membelai-belai badannya, apalagi lehernya di elus-elus, pasti kucing tersebut akan mendekat terus
kepada kita dan akan mengikuti kita ke mana pun kita pergi. Tapi cobalah pegang ekor kucing itu dgn kasar, maka InsyaAllah kitapun dgn serta merta akan digigitnya.

Di dalam bersahabat pun demikian. Manusia itu tak obahnya seperti burung yang terbang bebas. Kita tak mungkin menjalin hubungan yang baik dgn sesama manusia, kecuali jika kita berbuat baik, dan menunjukkan perhatian yang tulus kepada mereka(bukan perhatian yang dibuat-buat), tetapi perhatian yang benar-benar ikhlas lillhi ta'ala. (Dan inipun berlaku utk semua jenis hubungan apa saja) Bukan utk tujuan keduniaan, saling memberi dan menerima (Give and take).

Bila kita menyakiti, atau melecehkan manusia, yakinlah, manusia itu akan lari dari
kita, percayalah akan hal ini.
Ia tdk kan pernah memberikan perhatian kepada kita, dan bahkan ia akan lari dari kita, sbgmn binatang ternak lari dari serigala yang akan menerkamnya.

8) Katakan bahwa mereka penting dan puji sifat-sifat baik mereka:

Imam Ali berkata:
"Hati manusia itu liar, barang siapa menjinakkannya, maka ia akan jinak kepadanya".

Sungguh hati manusia itu seperti binatang buas yang liar,namun tatkala kita mulai menunjukkan perhatian kepadanya dan mengistimewakannya, dan menyatakan bahwa
dirinya penting bagi kita maka ia akan berubah menjadi binatang jinak, berkumpul disekitar kita. (hal ini sgt penting di ketahui oleh kita-kita yang ingin menarik
manusia yang kurang Imannya, ataupun manusia yang sesat, juga non muslim, jgn terlalu bersikap ekstrim, ketat atau keras terhadap sesama manusia, ngak boleh ini dan itu, harus begini dan begitu, berikan mereka kebebasan berfikir, berbuat dan
berpendapat, niscaya suatu saat mereka akan mengerti diri kita juga, dan inipun berlaku bagi semua hubungan disegala komunitas).

Wong kucing saja, ngak mau dikasarin, dikerasi, dikurung dan seumpama itu, apalagi
manusia, yang berwatak liar dan bebas. Tetapi beda dgn anjing, tatkala kita diam, ia bisa menggigit kita, apalagi kalau kita lari. Tetapi kalau kita berusaha membelalakkan mata kita, sambil berpura-pura merunduk dan mengambil batu, niscaya ia akan lari dan takut utk menggigit kita.

9) Hargai pikiran,perhatian dan kesenangannya :
Dr.Arsis Jates,dalam bukunya Ilmu jiwa pendidikan, mengatakan:
"Sesungguhnya spesies manusia, secara keseluruhan merindukan kasih sayang".

Cobalah kita perhatikan bagaimana seorang dokter menghadapi pasien. Pasti sang dokter akan bersikap lemah lembut, bertanya akan apa yang diderita pasien, sehingga sang pasien pun dgn secara rinci menyebutkan peyakit apa yang dideritanya. Nah tatkala itu tentu dgn mudah sang dokter memberikan obat yang cocok buat pasien. Jadi obat yang diberikan adalah sesuai dgn penyakit yang dideritanya. Seorang dokter
haruslah bersikap kasih sayang, tenang, lapang dada, rendah hati dan sopan. Kelembutan dan kasih sayang dokter adalah setengah dari obat dari suatu penyakit yang diderita oleh pasien.

10)Beri ia kesempatan utk menjaga kehormatannya:
2:07 PM 0 comments

Mengubat Kekecewaan...

Rasa kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’ kecewa, ramai yang sukar mengikiskannya.

Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biarkan ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak di luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya.

Sebagai remaja, anda perlu mengharungi dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan itu. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.

TERIMA KENYATAAN

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji dengan pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu adalah antara ujian dan dugaan-Nya yang diberi pada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati - hati dan menjadikan kita insaf.

BERFIKIR

Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Biarkan ia berlalu dan lama - kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

BERFIKIRAN POSITIF

Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

LUAHKANNYA

Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan stress. Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang lebih rapat dengan anda.Bagi remaja, ibu dan bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda perolehi daripada mereka.

BERI TUMPUAN PADA HIDUP

Teruskan berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga anda berasa sangat kecewa.

KUATKAN SEMANGAT ANDA!