12:45 AM

Spam

Penghantar spam mengepam keluar mesej sampah dalam kuantiti yang tinggi setelah mendapat semula keupayan mereka bagi menghantar spam melalui pc yg telah digodam, menurut statistik terkini yang telah dikeluarkan oleh Google pada hari rabu yang lalu.

Google mengeluarkan statistik suku tahunan daripada kumpulan antispam Postini. Untuk suku kedua, kuantiti spam naik 53% lebih berbanding suku pertama tahun ini, kata Adam Swidler, pengurus pemasaran produk Google Enterprise.

Google menapis sekitar 3 bilion hingga 3.5 bilion mesej spam sehari untuk lebih kurang 50,000 pelangannya. Kuantiti spam telah semakin tidak menentu setelah sebahagian ISP yang terkenal dengan membenarkan penghantar spam mengunakan infrastruktur mereka telah diberhentikan dari beroperasi, kata Swidler.

Bulan lepas, AS Federal Trade Commission memujuk sebuah mahkamah persekutuan mengeluarkan satu perintah tahanan sementara untuk memberhentikan Pricewert, iaitu ISP yang melakukan perniagaan di bawah nama-nama itu 3FN dan APS TELECOM. FTC menyatakan Pricewert telah berpakat dengan penghasil pornografi kanak-kanak, penggodam dan pembangun perisian yang berniat jahat.

Comment (1)

selamat kembali ke dunia blog

Post a Comment