[Final Solution] Cinta?
Ramai daripada sudah tahu apa erti cinta. Sudah ramai di antara yang telah meluahkan kata-kata cinta. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.
Tidak kira muda atau tua sudah terbiasa dengan cinta. Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik cinta ini?
Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)
Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.
Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.
Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: Timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman.
Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka. Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?
Remaja sekarang banyak menyalah ertikan cinta itu sendiri. Kebanyakan daripada mereka hanya sekadar untuk merasakan kepuasan dan kesenangan bersama pasangan masing-masing. Mereka tidak pernah terfikir betapa besarnya pengertian cinta itu sendiri. Ramai daripada mereka tidak sedar dan tidak dapat membezakan antara nafsu dan cinta. Masing-masing memandang remeh tentang pengertian cinta yang sebenar. Kebanyakan daripada mereka lebih mementingkan diri mereka sendiri. Hanya ingin memenuhi keinginan, kegembiran, dan kebahagiannya untuk diri sendiri. Cinta itu perlukan pengorbanan. Memiliki perasaan cinta hanya untuk merasakan kebahagian dan kegembiraan ketika bersama tanpa memikirkan betapa besarnya bebanan dan tanggungjawab yang dibawa oleh mereka adalah tidak wajar. Kesan cinta itu sendiri tidak akan kekal sekiranya kita tidak menjalankan tanggungjawab yang kita perlu laksanakan. Cinta bukan sekadar ucapan manis yang boleh disebut dengan lidah. Sebagai remaja, pernahkah anda jatuh cinta?

Comments (0)
Post a Comment