[Final Solution] Kepentingan Diri
Adil adalah satu sifat yang paling dekat kepada taqwa. Kupasan dan maksud adil sangat luas. Adil pada pandangan Islam jauh berbeza dari apa yang difahami oleh orang yang bukan Islam atau orang Islam sendiri yang tidak terdidik secara Islam. Adil bukan bererti sama. Adil bukan juga bererti sama rata. Adil ialah menaruh hak pada yang hak, walaupun pada zahirnya, dilihat tidak seimbang. Berlaku adil bukan suatu hal yang mudah. Contohnya, jika kita benci dan tidak suka pada seseorang itu, apa saja yang dia buat, kita merasa tidak betul dan tidak tepat. Tapi jika kita suka dan sayang pada seseorang itu, segala apa yang dia buat semuanya betul belaka.
Kalau orang yang kita benci buat salah yang kecil, terasa sangat besar salahnya kepada kita. Tetapi kalau orang yang kita suka buat salah besar pun, kita anggap kecil saja. Kalau orang yang kita suka membuat sesuatu kebaikan atau berhasil membuat sesuatu urusan, maka kita sanjung dan kita puji dia. Tetapi kalau orang yang kita benci membuat sesuatu kebaikan atau berjaya dalam sesuatu urusan, kita anggap biasa saja. Kita kata, memang sudah kerja dia. Sumber berlakunya perkara ini ialah kerana kepentingan diri.
Kepentingan diri kita itu yang kita lebihkan. Menyukai dan menyayangi seseorang itu dan kemudian menyebelahinya dan melebihkannya dalam segala hal, itu termasuk dalam maksud kepentingan diri. Kepentingan diri, tidak semestinya dibuat kepada diri sendiri saja. Kepentingan diri termasuk juga yang berhubungan dengan orang-orang yang ada sangkut pautnya dengan kita atau orang yang kita sayang, baik isteri, keluarga, anak-anak, anggota kelompok kita, anak buah kita dan lain-lain lagi.
Kepentingan diri inilah yang menjadi sumber terjadinya huru-hara di kalangan manusia. Setiap orang melebihkan pihaknya. Setiap kali pihaknya dilebihkan, maka akan terjadi kekurangan di pihak yang lain. Pihak yang lain itu akan merasa dikurangi, dizalimi, ditindas, ditekan dan dianiaya. Mereka pun membalas. Maka berlakulah krisis dan perkelahian yang membawa kepada perpecahan dan permusuhan.
Melebihkan kepentingan diri ini pula ada dua bentuk. Ada yang dilebihkan dengan niat. Ada pula yang dilebihkan secara spontan. Secara yang dilebihkan dengan niat iaitu yang dirancang, yang disusun dan yang diatur, sudah pasti jahat. Ini didorong oleh nafsu jahat dan sifat-sifat mazmumah dan keji yang bersarang dihati. Ini berlaku dalam negara, politik, pejabat., sekolah, malahan dalam sebuah rumahtangga pun berlaku. Maka tidak hairan terjadi krisis dan pergaduhan di tempat-tempat tersebut kerana timbul rasa tidak puas hati, buruk sangka, rasa dizalimi, dianiayai dan sebagainya. Akan tetapi, kadang-kadang kita tidak berniat jahat. Kita tidak mahu melebihkan kepentingan diri kita dan kita tidak mahu berat sebelah dalam membuat pertimbangan tetapi terjadi juga. Ini kerana melebihkan kepentingan diri ini boleh berlaku secara spontan atau secara tidak sedar. Itu banyak membuat kita salah dalam membuat pertimbangan. Kita lakukan sesuatu perkara itu dengan tidak sengaja. Justeru itu, kita tidak dapat mengawal perasaan dan tindak-tanduk kita.
Begitulah sukarnya untuk membuat pertimbangan dan berlaku adil kalau kita terlalu melebihkan kepentingan diri, lebih-lebih lagi kepentingan diri yang berlaku secara spontan yang di luar kawalan kita dan yang kita tidak sedar. Hanya hati yang sentiasa bersama Tuhan, yang sentiasa merasakan kehadiran Tuhan dan yang penuh dengan rasa ketuhanan dan rasa kehambaan saja yang dapat mengawal kepentingan diri secara spontan ini dari menguasainya.
Untuk mengawal kepentingan diri secara spontan ini bukan mudah dapat dicapai, tetapi ia tetap perlu untuk memupuk keluarga atau masyarakat yang adil dan harmoni. Itu sebab untuk menjadi adil, untuk mencetus kasih sayang sesama manusia, untuk menjadi orang yang bertimbang rasa, kita memerlukan Tuhan. Hanya apabila Tuhan diimani, dicintai dan ditakuti, barulah mudah bibit-bibit ini dapat disemai di dalam hati kita.

Comments (0)
Post a Comment