Ideologi "Final Solution"
Apakah yang anda fikirkan mengenai "Final Solution"? Nazi menggunakan istilah "Final Solution" untuk menggambarkan rancangan menumpaskan masyarakat Yahudi di Jerman. Apabila istilah "Final Solution" diterjemahkan ke Bahasa Melayu, ia bermaksud "Penyelesaian Muktamad". "Final Solution" yang digunakan di sini bukanlah satu rancangan atau ideologi untuk penghapusan seperti mana yang telah dibuat oleh pengikut Nazi di Jerman suatu ketika dulu. Tetapi "Final Solution" yang digunakan ini melambangkan satu usaha untuk mencapai penyelesian mukmatad yang perlu dibuat untuk menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Manusia sentiasa didatangi dengan pelbagai masalah. Oleh itu, manusia sering mencari penyelesaian untuk pemasalahan mereka. Adakah manusia mampu mencari penyelesaian yang terbaik untuk mereka?
Tidak ramai antara kita yang terfikir bahawa setiap masalah yang diselesaikan tidak mampu bertahan selamanya. Setiap masalah yang ada perlukan lebih daripada satu penyelesaian. Tetapi mampukah kita mencari penyelesaian muktamad yang tidak memerlukan kita mencari penyelesaian yang baru untuk masalah yang sama? Hakikatnya, manusia diciptakan tidak sempurna. Oleh sebab itu, manusia didatangi dengan pelbagai dugaan dan cabaran. ketidaksempurnaan manusia menjadikan mereka sering mengejar kesempurnaan dalam hidup mereka. Tetapi mampukah manusia mencapai kesempurnaan yang diimpikan?
Kita tidak sedar bahawa dalam mengejar kesempurnaan, banyak pemasalahan yang timbul akibat tindakan manusia itu sendiri. Semakin kita mengejar kesempurnaan, semakin banyak masalah baru yang timbul. Sebagai contoh, kita dapat melihat sendiri betapa canggihnya kemajuan teknologi yang kita milki sekarang ini. Kita mampu melakukan sesuatu perkara melalui internet dengan adanya sistem capaian dalam talian atau "online system". Dalam kita tidak sedar, kita sudah berada dalam dunia global yang membolehkan kita mencapai maklumat dari pelbagai tempat dan negara melalui komputer yang mempunyai sambungan internet. Tetapi dengan adanya kemudahan seperti itu, kadar jenayah siber semakin meningkat. Keselamatan data dalam talian semakin berkurang. Ada sesetengah pihak yang menyalahgunakan kemudahan yang diberikan untuk menguntungkan diri mereka sendiri.
Pendekatan "Final Solution" yang ingin dinyatakan di sini adalah usaha untuk mendapatkan penyelesaian muktamad atau penyelesaian yang sempurna. Pada hakikatnya kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu dengan sempurna, tetapi semangat dan usaha untuk melakukan yang terbaik untuk menyempurnakan sesuatu adalah perkara yang mesti kita lakukan. Mengejar kesempurnaan dalam mencari penyelesaian bagi setiap masalah adalah perlu supaya kita mendapat hasil yang terbaik. Jalan penyelesaian yang sedia ada tidak semestinya yang terbaik. Oleh itu, kita perlu sentiasa memperbaiki penyelesaian yang sedia ada dengan yang lebih baik. Bak kata pepatah, "hari ini mestilah lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini".
Sebagai manusia, kita perlu sedar bahawa setiap perkara yang kita lakukan bukanlah yang terbaik kerana kita mampu memperbaikinya. Lakukanlah sesuatu kerja dengan baik dan sentiasa memperbaiki kerja kita yang kita telah buat dengan sesuatu yang lebih baik. Tetapi ingatlah, tidak akan ada penyelesaian yang terbaik selagi kita lebih mementingkan diri kita sendiri.
"We seek the final solution for the future"

Comments (0)
Post a Comment